Monday, 30 September 2013

Manusia sering diuji ...







“Ya Allah, beratnya ujian ini!”

“Sampai bila aku harus diuji begini?”

“Kenapa mesti aku diuji, bukan orang lain yang diuji?”

Ujian yang tidak pernah kenal erti ‘tuan’ mahupun ‘hamba’, kerana semuanya telah pun ditulis diatas sana, apa yang sedang dan akan terjadi kepada insan yang bernama manusia.

Hidup ini seperti roda, kadang-kadang kita kuat diatas sana, tetapi kadang-kadang kita lemah jatuh kebawah.

Ujian itu bukan untuk membebankan dan menyusahkan kita. Dan Allah bukan ingin melihat hambanya yang diciptakan dengan sebaik-baik kejadian ini terima ujian tanpa ada sebab dan musababnya, malah sebenarnya Allah ingin menghapuskan dosa-dosa yang pernah saya dan kita lakukan selama ini. Manusia tidak pernah lari dari kesilapan dan kesalahan dalam hidup.

Saya belajar untuk menerima seadanya ujian Allah ini.

Manusia : Kenapa aku di uji?

Al Quran : Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? (Lihat Surah Al-Ankabuut : 2).

“Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta”. (Lihat Surah Al-Ankabuut : 3)


Jangan mengeluh kerana ujian yang diberi supaya seorang umat Islam meningkatkan darjat dan kemuliaannya disisi Allah serta menguji keimanan diri seseorang itu. Mengadulah kepada Allah sekiranya kita diuji. 




Manusia Bertanya : Kenapa aku tidak diuji sahaja dengan perkara-perkara yang baik?

Al-Quran Menjawab :

“…boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”. (Lihat Surah Al-Baqarah : 216)

Sesuatu yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Allah pastinya telah merancang apa yang paling baik uttuk hambaNya. KIta sebagai hamba pula seharusnya menerima qada' dan qadar atas ketentuanNya. Believe in Him!



Manusia Bertanya : Apa yang ku dapat dari semua ujian ini?

Al-Quran Menjawab :

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka……….” (Lihat Surah At-Taubah : 111)

InsyaAllah dengan segala ujian yang kita tempuhi, balasannya pasti di syurga nanti. 
Ujian yang tidak pernah kenal erti ‘tuan’ mahupun ‘hamba’, kerana semuanya telah pun ditulis diatas sana, apa yang sedang dan akan terjadi kepada insan yang bernama manusia.

Hidup ini seperti roda, kadang-kadang kita kuat diatas sana, tetapi kadang-kadang kita lemah jatuh kebawah.

Ujian itu bukan untuk membebankan dan menyusahkan kita. Dan Allah bukan ingin melihat hambanya yang diciptakan dengan sebaik-baik kejadian ini terima ujian tanpa ada sebab dan musababnya, malah sebenarnya Allah ingin menghapuskan dosa-dosa yang pernah saya dan kita lakukan selama ini. Manusia tidak pernah lari dari kesilapan dan kesalahan dalam hidup.

Kita belajar untuk menerima seadanya ujian Allah ini.





#PMFSTforALL